Pembinaan Masjid At-Taqwa diteruskan - Utusan Malaysia

Pembinaan Masjid At-Taqwa diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 21 Okt. – Pembinaan Masjid At-Taqwa Baru di Parit 9 Baroh, Sungai Sumun dekat sini yang tertangguh sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu perlu disiapkan segera sebelum bulan Ramadan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usa­hawan negeri, Asmuni Awi ber­kata, kerja-kerja pembinaan masjid baharu yang bernilai RM2.7 juta itu kini 86 peratus siap.

Kata beliau, sebaik siap kelak, masjid tersebut mampu memuatkan kira-kira 800 hingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini, kerja-kerja terpaksa ditangguhkan kontraktor kerana masalah bayaran. Saya sudah bincang dengan kontraktor tentang bayaran tertunggak yang masih belum dijelaskan kerajaan selain kos-kos lain yang diperlukan.

“Keutamaan kita untuk pastikan masjid ini siap kerana hanya sedikit lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan seperti tailing dan pemasangan karpet. Justeru, saya akan cuba mencari jalan supaya ia dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat masjid tersebut di Su­ngai Sumun di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.

Tambah Asmuni, beliau turut yakin masalah kewangan melibatkan pembinaan masjid tersebut akan selesai menje­lang pembentangan Bajet 2019, bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini