Perobohan kampung Badwi Palestin ditangguh - Utusan Malaysia

Perobohan kampung Badwi Palestin ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 21 Okt. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menangguhkan rancangan­nya untuk merobohkan perkampu­ngan milik penduduk Badwi Palestin, Khan al-Ahmar yang terletak di wilayah Tebing Barat.

Nasib Khan al-Ahmar telah mencetuskan kebimbangan ma­sya­rakat antarabangsa selepas Israel merancang untuk merobohkan kampung berkenaan yang menempatkan 180 penduduk Badwi Palestin.

“Kami mahu memberi peluang kepada rundingan dan tawaran yang kami terima daripada pelbagai pertubuhan termasuklah dalam tempoh beberapa hari ini,” menurut kenya­taan dike­luarkan oleh pejabat Netanyahu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin, Ne­tanyahu nampaknya menukar kenyataannya dan menegaskan kampung itu tetap akan dirobohkan.

“Ia adalah polisi kami dan akan tetap dilaksanakan. Saya tidak mempunyai niat untuk menangguhkan pelan itu sepenuhnya, tetapi cuma sementara waktu sahaja,” ujarnya.

Tambah Netanyahu, tempoh penangguhan itu akan ditentukan oleh Kabinet keselamatan hari ini.

Pihak berkuasa Israel mendakwa Khan al-Ahmar, terletak di timur Baitulmuqaddis di sepanjang jalan menuju ke Laut Mati, dibina secara haram.

Israel memberi tempoh sehingga awal bulan ini untuk penduduk kampung berkenaan keluar dari situ dan merobohkan penempatan tersebut.

Sementara itu, negara-negara Eropah menggesa Israel untuk tidak meneruskan rancangan merobohkan Khan al-Ahmar.

Pada Rabu lalu, ketua pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) memberi amaran tindakan Israel itu akan mencetuskan jenayah perang.

Dalam perkembangan ber­lainan, Israel mengarahkan sempadan dengan Gaza dibuka hari ini, empat hari selepas ditutup susulan dakwaan serangan roket dilancarkan oleh Palestin.

“Keputusan itu dibuat selepas episod keganasan di Gaza pada minggu ini dilihat reda dan usaha pergerakan Hamas untuk mengawal penunjuk perasaan,” ujar kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman.

Rabu lalu, Lieberman me­nga­rahkan penutupan sempadan bagi barangan, Kerem Shalom dan sempadan untuk orang ramai iaitu Erez selepas roket didakwa dilancarkan oleh penduduk Palestin melanda sebuah rumah di selatan Israel. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini