Mourinho akui United lebih baik - Utusan Malaysia

Mourinho akui United lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meng­anggap keputusan seri 2-2 menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stamford Bridge kelmarin sebagai mengecewakan.

Mourinho mendakwa skuad kendaliannya itu merupakan pasukan yang lebih baik berbanding tuan rumah memandangkan mereka bangkit daripada ketinggalan 0-1 sebelum menjaringkan dua gol.

Selain itu, beliau juga meluahkan kekecewaannya apabila pengadil perlawanan, Mike Dean memberikan enam minit masa tambahan sehingga membolehkan The Blues menjaringkan gol penya­maan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami merupakan pasukan terbaik di atas padang hari ini (kelmarin). Seper­ti anda semua katakan, amat sukar untuk setiap pasukan mendapatkan satu mata apabila beraksi di Stamford Bridge.

“Sebaik perlawanan berakhir, saya fikir kami merupakan pasukan malang sementara Chelsea memperoleh satu keputusan yang sangat baik ke­rana kami bermain lebih baik,” kata Mourinho.

Dalam pada itu, suasana menjadi sedikit tegang apabila pembantu jurulatih Chelsea, Marco Ianni mela­kukan provokasi terhadap Mourinho ketika meraikan gol penya­maan yang dija­ringkan Ross Barkley.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlanjutan apabila Ianni dikatakan sudah bertemu dan meminta maaf kepada Mourinho di bilik persalinan sebaik sahaja perlawanan berakhir. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini