AS tarik diri perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana - Utusan Malaysia

AS tarik diri perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 21 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pihaknya akan menarik diri daripada perjanjian senjata nuklear dengan Rusia.

Bercakap kepada wartawan, Trump mendakwa Rusia telah ‘melanggar’ perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) 1987.

Lapor BBC, perjanjian berkenaan melarang sebarang pelancaran peluru berpandu jarak sederhana, dengan jarak antara 500 hingga 5,500 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak akan membenarkan Rusia membangunkan senjata sesuka hati meskipun dilarang oleh kami.

“Saya tidak tahu mengapa bekas Presiden, Barack Obama tidak berunding atau menarik diri daripada perjanjian itu. Mereka telah melanggar perjanjian berkenaan selama bertahun-tahun,” kata Trump.

Pada 2014, Obama mendakwa Rusia telah melanggar INF selepas negara itu didakwa menjalankan ujian peluru berpandu.

Beliau dilaporkan memilih untuk tidak menarik diri daripada perjanjian tersebut selepas para pemimpin Eropah memberikan tekanan kepadanya.

AS mendakwa Rusia telah membangunkan sebuah senjata peluru berpandu jarak sederhana dikenali sebagai Novator 9M729.

Senjata terbabit membolehkan Rusia melancarkan serangan nuklear ke atas negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam tempoh masa yang singkat.

Sementara itu, sumber Kementerian Luar Rusia berkata, tindakan AS itu didorong oleh angan-angan negara berkenaan yang menganggap mereka adalah satu-satunya kuasa dunia paling kuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini