Malaysia, Asia kehilangan tokoh hebat - Utusan Malaysia

Malaysia, Asia kehilangan tokoh hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Arena bola sepak Asia dikejutkan dengan berita bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Vellapan yang meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John apabila membe­ritahu mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

“Mendiang merupakan seorang yang berpengalaman luas serta mahir dalam selok belok pentadbiran bola sepak bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat Asia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada bola sepak Asia, khususnya Malaysia. Saya difahamkan mendiang menghadapai masalah paru-paru,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang selepas kehilangan bekas pemimpin yang banyak berjasa dalam sukan bola sepak di benua Asia.

“Mewakili keluarga bola sepak Asia, saya menyampaikan ucapan takziah dan berasa simpati kepada salah seorang arkitek pa­ling penting dalam pertumbuhan bola sepak di Asia.

“Peter berkhidmat untuk bola sepak Asia dengan penuh semangat dan profesionalisme dan be­rita pemergiannya pasti memberi kejutan dan menyedih­kan kepada sesiapa yang pernah bekerjasama dengan mendiang. Sememangnya mendiang layak menerima penghargaan di atas segala jasa yang dilakukan untuk AFC,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mewakili badan induk tersebut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963 hingga 1980.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini