Liga Negara-Negara Eropah seperti menonton opera - Klopp - Utusan Malaysia

Liga Negara-Negara Eropah seperti menonton opera – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Okt. – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sekali lagi mengkritik Liga Negara-Negara Eropah, setelah jurulatih itu membandingkan pertandingan tersebut dengan menonton opera atau menyaksikan pertarungan juara dunia heavyweight, Anthony Joshua pada setiap minggu.

Klopp percaya kalendar bola sepak sudahpun terlalu padat untuk pertandingan besar yang baharu, dengan warga Jerman itu mempertikalkan bilangan perlawanan yang semakin bertambah hanya akan mendatangkan risiko penyusutan nilai bola sepak antarabangsa.

Namun, bos Reds itu mengakui pendapatnya bukanlah satu pandangan yang popular dan berkata, lebih baik dia bercakap dengan mesin pembuat kopi daripada berusaha untuk mengubah pemikiran ketua bola sepak Eropah yang cuba mencipta rangka kerja bola sepak yang lebih bermakna di pentas antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertandingan itu keterlaluan. Satu perlawanan yang diatur dengan betul dan pencabar sebenar, ia lebih baik berbanding aksi persahabatan. Semua itu memanglah bagus, tetapi anda sudah tentu tidak mahu menyaksikan Joshua bertarung pada setiap minggu. Ia tidak mustahil.

“Minggu ini dia bertarung di Leeds, minggu depan pula dia beraksi di Manchester dan tiada seorangpun yang meminta dia berbuat demikian. Adakah kita mahu menyaksikan opera pada setiap malam atau setiap dua bulan sekali?

“Saya sukakan pertandingan, tetapi pada satu tahap seseorang perlu memikirkan kembali bahawa semua perlawanan itu membabitkan aksi para pemain. Liga Negara-Negara Eropah merupakan satu idea yang bernas, tetapi ia lebih sesuai untuk sukan lain kerana bola sepak sudah tiada ruang untuk pertandingan sedemikian.

“Saya sedar yang saya sebenarnya bercakap dengan mesin pembuat kopi kerana tiada sesiapapun yang berminat untuk mendengarnya, tetapi itu pendapat saya,” kata Klopp menjelang perlawanan Liverpool menentang Huddersfield di laman lawan, hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini