Hak, keperluan OKU ditumpukan - Utusan Malaysia

Hak, keperluan OKU ditumpukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited dalam memenuhi hak dan keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) ke arah melestarikan hidup golongan berkenaan.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri bagi kementerian itu, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelbagai usaha dan inisiatif dilaksanakan kerajaan melalui agensinya bagi membela nasib golongan OKU yang kini berdepan pelbagai cabaran dalam aspek kehidupan.

Beliau berkata, secara khususnya hak golongan tersebut sentiasa ditumpu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui pelbagai program yang telah dan akan dilaksanakan secara berkala di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keperluan golongan OKU akan terus ditumpukan meliputi pelbagai aspek kehidupan harian yang dilalui mereka sama ada daripada sudut kemudahan pengangkutan, infrastruktur awam mahupun penyediaan akses kondusif di tempat-tempat beribadat.

“Pelaksanaan kemudahan infra dibuat bagi memudahkan lebih 480,000 OKU berdaftar dengan JKM ini menikmati akses kehidupan yang mudah, selesa sebagai golongan berkeperluan khas,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar ‘Rumah Ibadah Mesra OKU’ di Masjid Bandar Seri Putra dekat sini, hari ini.

Seminar anjuran oleh Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut menggariskan resolusi berkenaan keperluan OKU yang akan diserahkan kepada KPWKM untuk dipertimbangan oleh kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini