Resorts World Genting anjur bengkel seni kopi percuma - Utusan Malaysia

Resorts World Genting anjur bengkel seni kopi percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS – Resorts World Genting menawarkan bengkel teknik pembuatan dan seni kopi secara percuma kepada pengunjung pusat beli-belah Sky Avenue di sini sempena Festival Kopi Genting diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Naib Presiden Kesetiaan dan Pengambilalihan Resorts World Genting, Clarence Tan berkata, pengunjung boleh menyertai bengkel tersebut dengan mendaftar sebagai ahli Genting Rewards secara percuma.

“Pengunjung berpeluang mempelajari pelbagai teknik pembuatan dan seni kopi melalui beberapa sesi bengkel percuma iaitu Sensory Cupping Workshop, Latte Art Workshop dan Babycino Latte Art for Kids.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun untuk mengikuti bengkel tersebut, pengunjung perlu mendaftar sebagai ahli Genting Rewards terlebih dahulu selain berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan percuma ke Vietnam,” katanya di sini.

Menurut Clarence, festival tersebut dianjurkan dengan kerjasama syarikat minuman kopi Nescafe serta akademi kopi dan barista, Barista Guild Asia (BGA).

Sementara itu, Pengurus Kanan Penjenamaan Nestle Products Sdn. Bhd., Ehsan Isa berkata, festival tersebut merupakan platform terbaik buat Nescafe untuk menyokong industri pembuatan kopi di negara ini.

“Ia adalah platform terbaik buat Nescafe untuk menyokong industri pembuatan kopi selain memberi kesedaran dalam kalangan pengguna untuk lebih menghargai kopi,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online.

Kemuncak festival itu adalah pertandingan terbuka Latte Art Throw down di mana wang tunai sebanyak RM1,000 ditawarkan kepada pemenang yang dijadualkan berlangsung pada hari ini. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Festival Kopi Genting dan pertandingan Latte Art Throw down boleh layari laman web www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-6101 1118. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini