Wan Rohaimi ketua jurulatih pasukan belia PFA - Utusan Malaysia

Wan Rohaimi ketua jurulatih pasukan belia PFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 20 Okt.- Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kelantan Wan Rohaimi Wan Ismail dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan belia Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi musim 2019.

Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata keputusan melantik Wan Rohaimi, 42, dibuat selepas kedua-dua pihak mengadakan pertemuan di Shah Alam, Khamis lepas.

“Wan Rohaimi, 42, yang berpengalaman sebagai pemain juga merupakan penolong jurulatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang berpusat di Sekolah Sukan Malaysia di Pahang,” kata Ahmad Amizal Shaifit kepada media di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, PFA juga merancang menubuhkan Akademi Bola Sepak bagi melaksanakan program pembangunan bola sepak secara berterusan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini