Penunggang motosikal maut bertembung pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu – Tungku di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 petang itu, mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum insiden pacuan empat roda jenis Toyota Vigo dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Tungku dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara motosikal  yang ditunggang mangsa pula dari arah bertentangan. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian disyaki motosikal itu hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan bertembung pacuan empat roda terbabit.

“Akibat kemalangan ini penunggang motosikal tercampak di tengah jalan sebelum terseret dan terhumban di hadapan Toyota Vigo berkenaan,” katanya hari ini.

Kesan insiden itu, mangsa cedera putus lutut kanan, patah tangan kanan dan kaki kiri. Bagaimanapun, pemandu dan dua penumpang Toyota Vigo tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikalnya sehingga masuk ke lorong bertentangan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini