PULAU PINANG 20 Okt. – Jenazah mangsa keempat yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus dekat Paya Terubong semalam tiba di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pukul 12.47 tengah hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Bahtiar dibawa dengan menaiki Land Rover Polis Diraja Malaysia.
Beberapa ahli keluarga dan rakan-rakannya dilihat menyerbu ke arah kenderaan itu sebelum mayat dibawa masuk.
Memuatkan artikel berkaitan…
Isterinya yang dikenali sebagai Wairri, 36, kini sedang mengandung anak kedua dan turut tercedera dalam kejadian itu dan masih dirawat di HPP. – UTUSAN ONLINE











