Murid prasekolah mati lemas di Sungai Pulau Wan Man - Utusan Malaysia

Murid prasekolah mati lemas di Sungai Pulau Wan Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang murid prasekolah maut selepas lemas di Sungai Pulau Wan Man berhampiran Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.01 petang tersebut, mayat Muhammad Rayyan Adam Mohd. Rosnan, 6, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu kejadian mangsa yang merupakan anak sulung dari dua beradik sedang bermain di sungai berkenaan bersama rakan-rakannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu sedang leka mandi di dalam sungai tersebut, kanak-kanak itu yang menetap di Kampung Losong Pasir berhampiran tiba-tiba tenggelam.

“Rakan-rakannya yang panik telah naik ke daratan untuk meminta pertolongan kepada penduduk kampung sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini