Adik-beradik rebut jawatan Ketua Cabang Rasah - Utusan Malaysia

Adik-beradik rebut jawatan Ketua Cabang Rasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH 20 Okt. – Pertandingan antara dua beradik mewarnai saingan bagi jawatan Ketua Cabang Rasah dalam Pemilihan PKR peringkat Negeri Sembilan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Labu, Ismail Ahmad ditentang adiknya, Mokhtar yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan.

Seorang lagi calon, S. Mathurai Veran turut bertanding dalam persaingan tiga penjuru berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua Pengawas Pusat Pengundian Cabang Rasah, Mohd. Mohtar Hamzah berkata, seramai 3,807 ahli layak mengundi di cabang berkenaan.

Katanya, pengundian berjalan lancar dan jumlah mereka yang keluar mengundi sehingga pukul 11.30 pagi tadi amat menggalakkan.

“Seramai 12 petugas bertanggungjawab dalam menyelia proses pengundian dan terdapat 20 komputer tablet disediakan kepada ahli untuk mengundi,” katanya ketika ditemui di pusat pengundian di sini hari ini.

Proses pemilihan bagi PKR Negeri Sembilan berlangsung hari ini di lapan cabang dan melibatkan 36,970 pengundi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini