Inisiatif sudah dimulakan ketika era BN - Najib - Utusan Malaysia

Inisiatif sudah dimulakan ketika era BN – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 20 Okt. – Sebahagian besar kandungan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan kelmarin merekodkan kejayaan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebanyakan inisiatif yang disebut dalam dokumen berkenaan merupakan inisiatif yang dimulakan ketika era pentadbiran Kerajaan BN.

Beliau berkata, ia termasuk pembangunan bagi mengimbangi antara wilayah, pembangunan menggunakan teknologi hijau dan penekanan terhadap program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dokumen ini mengiyakan dan mengesahkan apa yang telah kita lakukan atau perkatakan termasuk pengucupan hutang negara yang telah dapat kita kurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Menchupu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini