Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Okt. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa di mahkamah tidak perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika meletak jawatan atau berehat daripada jawatan Presiden parti, ini akan memberi kemenangan moral kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, pihak lawan sememangnya merancang untuk melemahkan UMNO dengan cara memberi tekanan melalui

Memuatkan artikel berkaitan…

pendakwaan berpilih terhadap pemimpin kanan parti itu.

“Kita tidak tahu siapakah pula selepas ini pemimpin kanan UMNO yang akan menjadi mangsa kerakusan pihak berkuasa dengan membuat ‘pendakwaan berpilih’ yang seterusnya.

“Jika setiap yang didakwa di mahkamah perlu meletak jawatan, siapakah lagi yang akan tinggal untuk memimpin parti?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Saarani, setelah meneliti 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid, UMNO Perak menyifatkan semua pertuduhan itu bertujuan untuk memalukan Presiden UMNO, keluarga dan juga ahli UMNO.

Beliau berkata, UMNO Perak berpegang teguh kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan dia bersalah.

“Maka UMNO Perak menegaskan semua ahli parti di setiap peringkat hendaklah terus memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini