Dua beradik selamat daripada tali gantung - Utusan Malaysia

Dua beradik selamat daripada tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 17 Okt. – Dua beradik terselamat daripada hukuman gantung selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan berlakunya kes ‘prima facie’ dalam tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Kedua-dua tertuduh, B. Gopi, 32, dan adiknya, B. Sasitharan, 25, sebelum itu dituduh secara bersama mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphinnes seberat 70.87 gram (g) dan 42.14 g dadah yang sama selain memiliki 6.35 g syabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Lorong Seri Kijang, Bukit Mertajam, dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada 1 Ogos 2014 yang lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum gantung atau dipenjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak digantung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini