Rasuah: Pegawai kanan bomba ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Rasuah: Pegawai kanan bomba ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt.- Seorang pegawai bomba kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.35 malam di Kapar, Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek telah meminta suapan RM1,000 daripada pemilik kilang plastik sebagai dorongan untuk meluluskan pemeriksaan keselamatan di kilang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini untuk permohonan reman,” katanya di sini hari ini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini