Barcelona cari pertahanan baharu - Utusan Malaysia

Barcelona cari pertahanan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 17 Okt. – Pengendali Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata, juara La Liga itu mungkin akan mendapatkan khidmat pertahanan baharu selepas pasukan itu berdepan masalah krisis kecederaan.

Pemain berpengalaman, Thomas Vermaelen akan terlepas aksi selama enam minggu ekoran kecederaan hamstring selain Samuel Umtiti turut diketepikan kerana masalah kecederaan.

Umtiti kemungkinan tidak dapat beraksi hingga awal tahun hadapan meninggalkan Gerard Pique dan Clement Lenglet di posisi itu. Pertahanan Tottenham, Toby Alderweireld dilihat sebagai antara prospek baharu jendela perpindahan Januari ini dan Barcelona juga dikaitkan dengan usaha mendapatkan bintang Ajax, Matthijs de Ligt.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah kecederaan sentiasa berlaku dalam bila sepak, awak perlu berhadapan situasi ini,” kata Bartomeu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini