FA buat pendakwaan terhadap Mourinho - Utusan Malaysia

FA buat pendakwaan terhadap Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Okt. – Persatuan Bolasepak England (FA) melakukan pendakwaan terhadap Jose Mourinho selepas pengendali Portugal itu membuat ulasan berunsur penghinaan selepas Manchester United menewaskan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kamera sempat merakam aksi Mourinho mengeluarkan kata-kata yang disifatkan sebagai penghinaan sejurus selepas tamat perlawanan.

Pengendali United itu menjadi tumpuan spekulasi meskipun berjaya melakar kemenangan dramatik 3-2 dalam perlawanan itu dengan jangkaan dia akan dipecat selepas perlawanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaringan Juan Mata, Anthony Martial dan Alexis Sanchez memastikan United terlepas daripada berdepan kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini