Keita alami kecederaan paha - Utusan Malaysia

Keita alami kecederaan paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Okt. – Liverpool berdepan masalah kecederaan baharu selepas Naby Keita diusung keluar dari pada oleh rakan sepasukannya selepas mengalami masalah di bahagian paha semasa aksi Guinea menentang Rwanda.

Keita mengalami kecederaan itu pada penghujung babak pertama dan dia dilihat dipikul oleh rakan sepasukannya keluar padang kerana ketika itu pengusung tidak disediakan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tahap kecederaan pemain itu namun dilihat bakal memberi kesan kepada aksi menentang Huddersfield hujung minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keita bukan pemain pertama Liverpool yang mengalami kecederaan semasa aksi antarabangsa kerana terdapat beberapa pemain turut mengalami kecederaan termasuk Sadio Mane (patah ibu jari kaki), Virgil van Dijk (tulang rusuk) dan Mohamed Salah (kecederaan otot).

Pasukan kendalian Jurgen Klopp berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris selepas merekodkan lapan perlawanan tanpa kalah berkongsi mata sama dengan Manchester City dan Chelsea dengan perbezaan jaringan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini