Tiada projek mega dibatal, pembangunan di Bagan Datuk dikaji semula - Utusan Malaysia

Tiada projek mega dibatal, pembangunan di Bagan Datuk dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 Ogos – Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengesahkan tiada projek mega di negeri ini dibatalkan oleh kerajaan Persekutuan melainkan projek pembangunan Bagan Datuk yang dikaji semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihaknya juga menerima maklumat bahawa projek-projek yang telah dimulakan kerja pembangunan lebih 20 peratus, berkemungkinan akan diteruskan.

Menurutnya, maklumat yang saya diterima daripada kerajaan Persekutuan ialah beberapa projek besar yang telah diluluskan di negeri Perak akan dikaji semula.

“Contohnya, projek besar diumumkan pentadbiran terdahulu yang berbelanja lebih RM6 bilion di Bagan Datuk, sedang dikaji semula.

“Saya belum mendapat maklumat lanjut berkenaan dengan perkara tersebut, namun di Perak, semuanya okey kecuali projek besar di Bagan Datuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis korban Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di Asrama Anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu Sungai Rapat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN