Sarawak isytihar tiga kawasan baharu wabak rabies - Utusan Malaysia

Sarawak isytihar tiga kawasan baharu wabak rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Sarawak hari ini mengisytiharkan tiga kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies iaitu  Sungai Tenggang dan Pantu di Sri Aman serta  simpang kawasan Layar di Betong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan di sini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata, ketiga-tiga kawasan itu adalah kawasan ke-36 wabak kerana berada di luar 10 kilometer radius dari kawasan yang telah diisytiharkan sebelum ini.

Keputusan mengisytiharkan tiga kawasan itu sebagai kawasan baharu rabies dibuat  oleh Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi JBPN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN