Osman sembelih 270 ekor lembu korban - Utusan Malaysia

Osman sembelih 270 ekor lembu korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM 23 Ogos – Berpengalaman selama 15 tahun menyembelih lembu korban nama Osman Ibrahim tidak asing lagi buat penduduk di daerah Kunduchi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekerja sebagai tukang sembelih di pusat penyembelihan Tegata beliau tidak lokek dengan senyuman.

Wataknya bersahaja membuatkan ramai pekerja dibawah seliaannya senang mendengar arahan daripada beliau.

“Hari ini (ibadah korban) saya telah menyembelih 270 ekor lembu sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya,” katanya.

Menurut Osman lembu di negara Afrika ini bakanya mungkin sedikit berbeza dengan negara-negara lain kerana ada sesetengah lembu ini mempunyai tanduk besar dan melingkar.

“Saya hampir dirodok dengan seekor lembu satu masa dahulu. Mujur saya dapat mengelak dengan pantas.” ujarnya.

LEMBU baka Tanzania yang mempunyai keunikan tanduk yang besar. - UTUSAN ONLINE
 

Kemahiran, konsistensi dan kesabaran diperlukan sebagai langkah awal jika anda ingin menjadi salah seorang tukang sembelih jelasnya mengakhiri perbualan dengan penulis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN