Pemandu maut, lima cedera kenderaan Toyota Vellfire terbabas di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak - Utusan Malaysia

Pemandu maut, lima cedera kenderaan Toyota Vellfire terbabas di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 39.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu menyebabkan Ong Boon Seng, 54, yang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire itu maut di tempat kejadian. 

Mereka yang cedera ialah ahli keluarganya, Ng Chon Keow, 56, Tan Yoke Hwa, 65, Wong Eason, 15, dan Wong Pei Row, 41, yang semuanya dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan. 

Seorang lagi mangsa Wong Siew Wah, 67, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana parah di kepala dan patah kaki kiri. 

“Kenderaan itu difahamkan dalam perjalanan dari arah Genting Highlands ke Raub dan pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan semasa melalui lokasi kejadian. 

“Ia menyebabkan kenderaan itu berpusing dan melanggar tembok batu di sebelah kanan jalan,” katanya semasa dihubungi hari ini. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN