Risiko sama seperti pemandu mabuk - Utusan Malaysia

Risiko sama seperti pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 40 peratus kemalangan melibatkan pelanggaran dari bahagian belakang motosikal oleh pelbagai kenderaan berpunca daripada penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa, statistik yang dianggap sebagai trend terbaharu itu sering berlaku di lampu isyarat serta jalan Persekutuan di seluruh negara.

“Kemalangan tersebut banyak berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan yang sering menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan situasi itu lebih tepat dikaitkan dengan kehilangan fokus terhadap pemanduan.

“Budaya ini semakin ketara bahkan ia sudah menjadi satu daripada tujuh penyumbang utama kemalangan jalan raya di Malaysia,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Namun, Rosli memberitahu, ia tidak bermakna penunggang motosikal terlepas melakukan perbuatan serupa ketika menunggang di atas jalan raya.

“Bezanya, perbuatan menunggang motosikal sambil menekan-nekan telefon masih tidak serius dan kebanyakan membabitkan golongan muda berusia 16 hingga 25 tahun.

“Mereka bukan sahaja membaca dan menjawab pesanan melalui aplikasi Whatsapp malah ada yang sempat bermain permainan dalam talian selain menjawab panggilan. Situasi itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang serius sekali gus kehilangan nyawa,” ujarnya.

Di samping itu, kajian David Stayer dari Universiti Utah, Amerika Syarikat, mendapati bahawa bercakap melalui telefon bimbit bakal menambah risiko kemalangan empat kali ganda, menyamai risiko memandu ketika mabuk.

“Risiko itu akan bertambah buruk sebanyak lapan kali ganda sekiranya pemandu bertindak membalas mesej ataupun Whatsapp.

Katanya, perbuatan menghantar atau menerima mesej yang mengganggu tumpuan pemandu sekitar lima saat pada kelajuan normal di lebuh raya seolah-olah kenderaan bergerak tanpa kawalan dalam lingkungan jarak 90 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini