Tun Dr. Mahathir: Kerajaan kaji tangguh atau cari kaedah lain laksana ECRL - Utusan Malaysia

Tun Dr. Mahathir: Kerajaan kaji tangguh atau cari kaedah lain laksana ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Kerajaan sedang mengkaji sama ada menangguhkan sementara atau mencari kaedah lain untuk melaksanakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek lain yang berkaitan dengan China.

Memuatkan artikel berkaitan…
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau menjelaskan kerajaan perlu mencari jalan lain yang tidak menggunakan peruntukan wang yang banyak.

“Sekiranya kita boleh, kita ingin menggugurkan projek itu atau akan menangguhkannya atau mencari cara lain untuk melakukannya tanpa membebankan banyak wang.

“Pada masa ini kita masih mengkaji, sama ada untuk menangguhkan atau memberikannya kepada pihak lain tetapi kita perlu berunding dengan mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merasmikan sesi townhall pertama bersama 130 ketua-ketua bahagian parti tersebut, di sini.

Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi sewaktu lawatan kerja ke Beijing, China baru-baru ini mengumumkan pembatalan projek ECRL.

ECRL merupakan projek bernilai RM81 bilion yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan, namun pelaksanaannya digantung sejak Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN