KUALA LUMPUR 24 Ogos – Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman daripada Jepun.
![]() |
|
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
|
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan tersebut sedang diuruskan di peringkat para pegawai kerajaan.
“Kita tidak ke pejabat Perdana Menteri (Jepun) dan meminta tolong memberi kami wang.
“Kita perlu melakukan dengan cara dan kaedah yang betul. Sekarang pegawai kami sedang menguruskan soal pinjaman Yen itu,” katanya yang diminta mengulas mengenai permintaan kerajaan Malaysia untuk meminjam daripada Jepun.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan mengenai lawatan kerja beliau ke Beijing, China baru-baru ini untuk mendapatkan pinjaman daripada republik tersebut.
“Tidak, kita sudah cukup pinjam dari China,” katanya. – UTUSAN ONLINE












