Mahkamah Tinggi tolak permohonan Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada 6 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Datuk Yew Jen Kie menetapkan keputusan itu selepas meneliti afidavit dan membuat pertimbangan sepenuhnya terhadap hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Mahkamah juga berpuas hati dengan writ saman difailkan plaintif yang memerlukan pertimbangan dan tidak sesuai untuk diketepikan begitu sahaja.

Prosiding yang berlangsung melalui persidangan tele itu dihadiri peguam Tengku Fuad Ahmad mewakili Musa manakala Datuk Dauglas Lind pula mewakili Mohd. Shafie.

Mahkamah telah menetapkan 26 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Pada Jun lalu, Musa memfailkan saman bersama afidavit terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd. Shafie.

Writ berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co yang mewakili Musa.

Saman berkenaan adalah untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah mengikut peruntukkan undang-undang.

Selain itu mendakwa angkat sumpah Mohd. Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah dihadapan Tun Juhar pada 12 Mei lalu adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN