Dr. Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Dr. Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Ogos -Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi DM Analytics Malaysia, Dr. Muhammed Abdul Khalid dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 27 Ogos ini.

Muhammed Abdul Khalid
MUHAMMED ABDUL KHALID

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Dr. Muhammed merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Malaysia.

“Di samping itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Ketua Sekretariat, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP).

“Beliau juga pernah menjadi perunding untuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP),” kata kenyataan itu di sini hari ini.

ADS:D

Dr. Muhammed merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’études Politiques de Paris, (SciencesPo Paris), Perancis.

Beliau juga memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Southern California, Los Angeles. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN