Skuad menembak tutup kempen dengan tangan kosong - Utusan Malaysia

Skuad menembak tutup kempen dengan tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 24 Ogos – Skuad menembak negara hari ini pulang kecewa apabila gagal bersinar pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tanpa sebarang pingat disumbangkan dari Lapangan Menembak, Bandar Sukan Jakabaring, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada aksi yang melibatkan atlet negara hari ini dalam acara 10m Air Pistol Wanita, Bibiana Ng Pei Chin dan Joseline Cheah Lee Yean masing-masing sekadar menduduki tempat ke-23 dan 24 sekaligus menyaksikan mereka gagal menempatkan diri ke peringkat akhir.

Hanya lapan teratas layak ke final.

Bibiana Ng mengumpul 560 mata keseluruhan manakala Joseline pula dengan 559 mata.

Mengulas keputusan hari ini, Bibiana jelas berasa kurang berpuas hati dengan prestasinya yang agak merudum pada penglibatannya kali ini.

“Keseluruhan aksi saya kali ini sederhana sahaja. Acara hari ini bukanlah acara kegemaran saya dan sebenarnya saya masih mencuba teknik baru dibawah jurulatih dari Korea Selatan iaitu Lee Do Hee,” katanya.

Lee baru menyertai skuad negara pada April lalu sebagai jurulatih acara pistol.

Sebelum itu, Alia Sazana Azahari gagal melayakkan diri ke pusingan akhir bagi acara 25m pistol wanita dan Eng Wei Jin yang membuat penampilan sulung dalam double trap lelaki juga terkandas pada pusingan kelayakkan.

Untuk rekod, skuad menembak negara meraih dua perak dan dan satu gangsa pada temasya Sukan Asia Incheon pada 2014. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN