Musa Aman masih dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Musa Aman masih dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman difahamkan masih mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut seorang pelawat yang tidak mahu dikenali, dia baru sahaja melawat Musa di hospital tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai tahap kesihatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu.

“Saya baru turun dan ketika saya datang, dia sedang tidur dan belum dapat apa-apa maklumat mengenai tahap kesihatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Musa ditahan kira-kira pukul 10 pagi di hospital sebelum dibebaskan dengan jaminan polis setelah gagal mendapatkan perintah mahkamah dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya dekat sini.

Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman hari ini juga mengesahkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman tidak dapat mengangkat sumpah hari ini sebagai ADUN Sungai Sibuga atas sebab-sebab yang tidak diketahui. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN