JAKARTA 24 Ogos – Pasangan beregu campuran negara yang juga sandaran untuk meraih pingat di Sukan Asia 2018, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying gagal ke suku akhir selepas tewas di pusingan kedua, sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu tewas kepada pasangan Hong Kong, Reginald Lee-Chau Hoi Wah 17-21, 21-19 ,26-28 dalam aksi di Istora Senayan, di sini.
Keputusan itu menyaksikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berada di dalam laluan sukar untuk mencapai sasaran dua pingat.
Dalam temasya 2014 di Incheon, skuad badminton negara menamatkan saingan dengan empat pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE











