Lip Eng tidak faham urus niaga Yayasan Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

Lip Eng tidak faham urus niaga Yayasan Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Ogos – Kerajaan tidak akan membekukan semua hartanah milik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kerana urus niaga yang dijalankan sejak 2009 mengikut prosedur ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…
KHALID ABDUL SAMAD
KHALID ABDUL SAMAD

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, gesaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng agar kerajaan membekukan semua hartanah tersebut adalah tidak wajar memandangkan beliau tidak mengetahui selok-belok perjalanan yayasan itu selama ini.

“Kerajaan terdahulu tidak melibatkan penyertaan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, justeru itu saya berpandangan beliau (Lip Eng) tidak mengetahui segala urus niaga YWP.

“Semua urus niaga hartanah telah mengikut prosedur ditetapkan, jadi saya tidak melihat untuk membekukan semua aset hartanah dimiliki YWP,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pratonton Floria Diraja Putrajaya 2018 di sini hari ini.

Lip Eng sebelum ini mempertikaikan YWP selaku badan kebajikan kerana boleh memiliki pelbagai hartanah seperti lot tanah, kediaman, rumah kedai dan pejabat sekitar Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN