Gagal dapat peruntukan jika tidak penuhi syarat - Utusan Malaysia

Gagal dapat peruntukan jika tidak penuhi syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menilai semula peruntukan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan, pekara tersebut masih dalam perincian dan dijangka dilaksanakan bagi tempoh dua tahun lagi.

“Ketika ini setiap PBT mempunyai 24 ahli majlis, kalau 30 peratus bermaksud sekurang-kurangnya lapan orang mesti diwakili wanita.

“Ahli majlis dilantik setiap dua tahun sekali dan sekiranya PBT gagal mematuhi syarat Sistem Penarafan Bintang mungkin mereka gagal mendapatkan peruntukan namun semuanya bergantung kepada penilaian,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Hari Wanita 2018 di sini hari ini.

Persidangan yang dianjurkan Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) dengan bertemakan Mengilham Harapan, Memacu Wawasan diadakan bagi memberi inspirasi dan membentuk pemikiran baharu wanita dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN