PUTRAJAYA 24 Ogos – Nombor plat pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ telah dibida pada harga RM1,111,111 atau RM1.11 juta sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah jualan kesemua 10 nombor khas tertinggi bagi ‘Malaysia’ adalah bernilai RM3.6 juta.
Sementara itu, beliau berkata, nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ dikhaskan bagi kegunaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kenderaan rasminya.
“Berlaku banyak ‘ketirisan’ pada pentadbiran sebelum ini apabila nombor-nombor khas ini hanya diberikan kepada badan bukan kerajaan untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta.
“Tetapi hari ini kita buktikan dengan hanya 10 nombor sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta, katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Nombor ‘Malaysia 1’, ‘Malaysia 2’ dan ‘Malaysia 4’ telah dibida oleh syarikat Aldi International Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE











