Pengsan atas pokok petai - Utusan Malaysia

Pengsan atas pokok petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 24 Ogos – Seorang lelaki ditemukan pengsan di atas pokok petai setinggi 11 meter di Felda Panching Selatan di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 6.17 petang itu, Mohamed Hairi Mohamed Yusoff, 44, disedari pengsan oleh penduduk sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.20 petang.

“Dua anggota pasukan penyelamat menggunakan tangga untuk menaiki pokok petai itu bagi membawa mangsa turun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN