Seorang daripada tiga mangsa lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Seorang daripada tiga mangsa lemas ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 24 Ogos – Mayat salah seorang daripada  tiga remaja yang lemas di pantai Teluk Kalong di sini petang semalam ditemukan awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
SHAHIR AQIL SHAHRUN
SHAHIR AQIL SHAHRUN

Menurut pihak bomba, mangsa, Shahir Aqil Shahrun, 19, ditemukan kira-kira 4.30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya setelah  pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa.

Shahir Aqil dari Taman Sri Kaya Gong Pauh di sini yang merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan difahamkan adalah atlet silat Sukma Terengganu.

Gerakan mencari dua lagi mangsa  yang hilang iaitu Khairil Ikmal Danial Zamzuradi yang merupakan pelajar Politeknik Kota Bharu dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir ( pelajar universiti MSU)  diperhebatkan meliputi kawasan lebih luas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN