KUALA LUMPUR – Dua lelaki dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap lima tukang urut warga Filipina dan menyamar sebagai anggota polis pada minggu lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Ahmad Noorshaees Ishak, 30, dan Mohd. Affandi Hassan, 38, selepas kedua-dua lelaki itu mengekalkan pengakuan bersalah semalam.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, mereka turut dijatuhi hukuman penjara empat tahun.
Bagaimanapun, kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Ogos lalu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











