AWANG - Utusan Malaysia

AWANG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CABARAN untuk Malaysia mengharungi pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelihatan sukar dijangka rupa bentuknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun Awang berpendapat, paling utama negara perlu berwaspada setiap masa dalam menguruskan kerumitan berbilang kaumnya. Ahli politik kerajaan dan pembangkang perlu memainkan peranan penting memupuk perpaduan dan keharmonian kaum dalam keadaan perbezaan ideologi, fahaman, tohmahan dan fitnah yang berleluasa waktu ini.

Politik, bagi Awang, bukan tempatnya di mana nasib memainkan peranan yang terlalu besar. Dalam politik, pilihan ka­edah pemandu-automatik tidak membantu untuk mencapai kejayaan. Semua perkara harus dirancang dan dilakukan dalam kaedah manual hampir setiap masa. Politik tidak bersandarkan hujah-hujah yang rasional akan sentiasa menghasilkan perkara-perkara negatif.

Edmund Burke yang dipetik daripada The Oxford Dictionary of Quatations (3rd. Edn.) 1980 memberi pengertian mengenai pe­ranan ahli politik.

“Setiap ahli politik kena berkorban kepada limpah kurnia tuhan dan mematuhi pemikiran/kemunasabahan (Every politician ought to sacrifice to the grace and to join compliance with reason).

Masyarakat yang berbilang kaum adalah modal aset terbesar di Malaysia. Dunia akan terus mengadili negara ini atas kejayaan yang dicapai melalui masyarakat berbilang kaum dan bukan me­lalui saluran lain yang dikenali. Arah tuju masa depan negara ini bergantung atas kejayaan mekanisme berbilang kaum ini.

AWANG – Sayangi Malaysiaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN