Hanya perak jadi penawar - Utusan Malaysia

Hanya perak jadi penawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 23 Ogos – Skuad boling negara menjadi penyumbang pingat perak Sukan Asia 2018 kedua buat kontinjen Malaysia selepas ekuastrian pada hari ini menerusi acara akhir trio lelaki di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Pelembang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trio lelaki negara yang dibarisi Timmy Tan Chye Chern, Ahmad Muaz Mohd. Fishol dan Muhammad Rafiq Ismail berjaya menjatuhkan 4,235 pin kurang 109 jatuhan pin berbanding trio dari Jepun yang memenangi pingat emas.

Pingat gangsa menjadi milik trio Singapura yang sekadar berupaya menjatuhkan 4,226 pin.

Kata Muhammad Rafiq, mereka bernasib baik apabila berjaya menamatkan saingan di tempat kedua terutama selepas berdepan cabaran hebat daripada trio Singapura yang berada di tempat ketiga.

“Wakil dari Singapura dan Korea Selatan berada rapat di belakang tetapi kami berjaya menguatkan mental untuk kekal konsisten sehingga ke penghujung saingan.

“Kami berjaya menamatkan saingan lebih awal berbanding pesaing-pesaing lain yang secara tidak langsung memberi tekanan berganda buat mereka.

“Sangat gembira apabila dapat menghadiahkan pingat perak buat negara,” kata Muhammad Rafiq.

Ini juga adalah pingat kedua yang hadir menerusi boling selepas trio wanita negara menghadiahkan pingat emas pada semalam.

Sementara itu, satu lagi trio lelaki negara yang terdiri daripada pemain senior, Adrian Ang, Liew Kien Liang dan Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malik sekadar menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruhan.

Trio berkenaan menamatkan aksi dua blok dengan jumlah 4,147 jatuhan pin.

Dalam Sukan Asia 2014 di Incheon, skuad boling negara membawa pulang empat pingat perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN