Mangsa ketiga nahas di Gua Musang meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mangsa ketiga nahas di Gua Musang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 23 Ogos – Pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai mengorbankan ibu dan adiknya pagi ini, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Krai, petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Faiziel Mohammad Rusdi, 27, yang cedera parah dalam kejadian itu disahkan meninggal dunia pukul 6.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa sebelum ini dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai.

Terdahulu Utusan Online melaporkan seorang wanita terkorban bersama anak perempuannya, manakala dua lagi anaknya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam cerun sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, Maslan Hassan, 55, yang berada di tempat duduk belakang dan anaknya, Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi nahas akibat tercampak dari kenderaan.

Anak lelakinya, Muhammad Faiziel, 27, yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi terbabit cedera parah manakala seorang lagi anak perempuannya yang berada di tempat duduk belakang, Nur Farrah Ezlyn, 22, patah tangan kiri.

Difahamkan, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Damansara, Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Rekang Hilir, Jelawat, Bachok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN