KOCHI 23 Ogos – Pemimpin dari negeri Kerala yang dilanda masalah banjir menyuarakan rasa marah terhadap kerajaan India yang menolak bantuan dana berjumlah AS$100 juta (RM400 juta) dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa-mangsa banjir.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menteri kewangan Kerala, Thomas Isaac membidas dasar kerajaan Perdana Menteri, Narendra Modi yang enggan terima dana besar itu.
Beliau beranggapan jika kerajaan pusat mengambil satu pendirian negatif ke atas tawaran UAE bererti mereka harus membayar pampasan itu kepada rakyat Kerala yang terbabit dalam bencana besar itu.
Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan turut menggesa kerajaan India mengadakan perbincangan peringkat tertinggi mengenai pertikaian itu dengan pihak terbabit. – AFP











