ECRL: Ketepikan ego demi rakyat - Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

ECRL: Ketepikan ego demi rakyat – Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAFINA RAMLI 

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mengetepikan ego politik untuk kembali ke meja rundingan dengan kerajaan China bagi mencari penyelesaian terbaik agar projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dapat diteruskan. 

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang terma yang didakwa tidak menguntungkan boleh sahaja dirundingkan kembali agar rakyat tidak menjadi mangsa dengan pembatalan projek yang sudah pun bermula tersebut.

“Tidak semuanya legasi kepemimpinan terdahulu harus dihapuskan hanya kerana dendam politik sehingga memangsakan rakyat Pantai Timur yang berhak menikmati kesaksamaan pembangunan ekonomi dan tidak hanya berpusat di sebelah Pantai Barat.

“Pergerakan Pemuda UMNO tidak mahu generasi mendatang terpaksa mewarisi beban pembayaran pampasan yang tinggi akibat pembatalan projek yang sudah bermula dek kerana keegoan pimpinan hari ini menghapuskan legasi infra rakyat yang dicetuskan kepemimpinan terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN