Mangsa lemas dijumpai selepas 24 jam - Utusan Malaysia

Mangsa lemas dijumpai selepas 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH 23 Ogos – Selepas 24 jam hilang ketika berenang di sebuah lombong berhampiran Kampung Pisang di sini semalam, seorang lelaki S. Ravikumar, 29, akhirnya ditemukan mati lemas hari ini.

Mayat ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 5.35 petang kira-kira sembilan meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, operasi dijalankan dengan melakukan pencarian di permukaan sejauh 30 meter dari tebing lombong menggunakan dua buah bot.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dianggotai bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain bantuan dari pasukan penyelamat di air (PPDA) Ipoh.

“Mayat mangsa yang berjaya dijumpai dibawa naik ke tebing lombong dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.20 petang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN