Bom Op Daulat ditemukan - Utusan Malaysia

Bom Op Daulat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU 22 Ogos – Sebutir bom jenis mortar dipercayai peninggalan ketika pertempuran Op Daulat 2013, ditemukan seorang pekerja ladang di Ladang Sahabat 17, Tungku dekat sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun bom yang dijumpai pada pukul 7 pagi itu telah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang semalam.

“Bom berkenaan dipercayai digugurkan sewaktu operasi menentang penceroboh di Kampung Tanduo, di sini pada tahun 2013 dan tidak meletup,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah menambah, pemeriksaan turut dijalankan di sekitar kawasan penemuan bom tersebut bagi tujuan keselamatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN