Kos ECRL terlalu tinggi, berat sebelah- Khalid - Utusan Malaysia

Kos ECRL terlalu tinggi, berat sebelah- Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Keputusan kerajaan untuk membatalkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah wajar kerana ia menelan kos yang terlalu tinggi dan membabitkan perjanjian berat sebelah, kata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, keputusan pembatalan itu dibuat oleh kerajaan menerusi hasil perbincangan semua pihak demi menjaga kepentingan negara.

“Ia adalah hasil perbincangan, bukannya kita (kerajaan) tidak mahu buat (ECRL) tetapi kosnya terlalu tinggi, kita juga perlu melihat sama ada apa yang dirunding oleh Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum ini adalah benar-benar menguntungkan negara atau tidak. 

“Banyak yang sudah didedahkan bahawa ia (perjanjian ECRL) memang berat sebelah, jika dapat persetujuan daripada China untuk dirundingkan semula demi kebaikan negara kita, Alhamdulilah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Korban Perdana Parlimen Shah Alam di Masjid Riadhussolihin Seksyen 17 di sini hari ini.

Pada program tahunan itu, sebanyak 14 ekor lembu dan tiga ekor kambing diagihkan kepada kariah di kawasan berkenaan untuk ibadah korban. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN