Saya bercinta dengan karier - Tony Eusoff - Utusan Malaysia

Saya bercinta dengan karier – Tony Eusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Ogos- Dua tahun mendiamkan diri, pelakon Tony Eusoff mengakui tidak pernah berasa lelah dan bosan terhadap dunia lakonan.

Memuatkan artikel berkaitan…
TONY EUSOFF
TONY EUSOFF

Separuh usianya dihabiskan untuk berbakti dalam dunia seni sekaligus kecintaannya terhadap lakonan makin menebal.

“Seni dah jadi darah daging saya. Saya tidak akan cakap penat berlakon sebab ini adalah kerjaya saya.

“Karier saya adalah cinta pertama. Maka kerana kecintaan yang menebal itulah sehingga kini saya masih belum berumah tangga,” katanya.

Tony, 41, turut menjadikan aktor Hollywood, Tom Cruise dan Jackie Chan sebagai simbol semangat untuk dia terus mencurahkan bakti kepada industri seni kreatif.

“Tom Cruise dan Jackie Chan pun bukan muda lagi tetapi tenaga mereka mengalahkan orang muda!

“Setiap kali beraksi di hadapan kamera, lakonan mereka seolah-olah hidup.

“Sebab itu saya berazam walaupun satu hari nanti usia dah menjangkau 50 tahun, saya masih mampu menggalas karakter aksi dengan cemerlang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN