Lembu sado satu tan dikorbankan sempena Aidiladha - Utusan Malaysia

Lembu sado satu tan dikorbankan sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Suasana Masjid Jamek Shaik Eusof di Jalan Datuk Keramat di sini meriah dengan kehadiran ramai penduduk yang datang menyaksikan seekor lembu jenis Brahman seberat satu tan dikorbankan bersempena Aidiladha hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi jawatankuasa masjid, Yusof Yaacob berkata, lembu bernilai RM15,000 tersebut  disumbangkan oleh seorang anak kariah, Rezuwan Mazlan dan perancangan untuk majlis itu dibuat kira-kira dua bulan lalu.

“Majlis korban ini merupakan acara tahunan masjid ini tetapi suasana tahun ini berbeza kerana kita membawa seekor lembu gergasi seberat 1,000 kilogram untuk dikorbankan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan masjid.

Beliau berkata, hampir 200 orang terlibat dalam majlis tahun ini yang turut mengorbankan sembilan ekor lembu biasa dan 19 ekor kambing.

Yusof berkata, beliau difahamkan lembu jenis Brahman yang berusia lima tahun itu diimpot dari Thailand ketika masih kecil. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN