Benladin tak mahu popular dek gimik murahan - Utusan Malaysia

Benladin tak mahu popular dek gimik murahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Bakat muda berusia 17 tahun iaitu Benladin yang semakin dikenali menerusi single Hikayat Benladin menolak untuk menggunakan sebarang gimik murahan demi meraih populariti yang disifatkan tidak mampu bertahan lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan menjelaskan, sesuatu produk seni akan lebih dihargai oleh peminat sekiranya seseorang pengkarya itu mampu memasarkannya dengan cara kreatif.

“Produk seni adalah hasil kreativiti seseorang yang kreatif. Oleh itu, kita juga harus gunakan daya kreativiti untuk memastikan nilai seni yang dipertaruhkan dalam karya terbabit dihargai oleh peminat,” ujar Ben yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Idola Kecil musim kelima itu.

Pernah popular suatu ketika dahulu ketika bergandingan dengan Alyah menerusi lagu Permata, Ben lebih gemar melihat sesuatu karya itu dipromosikan dengan kaedah yang betul biarpun mengambil sedikit masa untuk tular.

Dalam pada itu, Ben bersyukur apabila video lirik Hikayat Benladin yang dimuat naik kira-kira sebulan lalu telah ditonton sebanyak 6 juta kali.

Lagu berkenaan dicipta sepenuhnya oleh penyanyi rap terkenal, Malique berkolaborasi dengan anak didiknya, Dedeq.

Ben juga mahu berterima kasih kepada kedua-dua komposer berkenaan kerana mempercayai bakatnya untuk menyanyikan lagu tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN