ADEN 16 Okt. – Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi semalam memecat Perdana Menteri, Ahmed Dagher dan mengarahkan supaya pemimpin itu disiasat berhubung keadaan ekonomi negara ini yang teruk.
Beliau berkata, pemecatan itu dibuat kerana ketidakmampuan kerajaan mengambil langkah perlu bagi menghentikan kegawatan ekonomi Yemen terutamanya selepas kejatuhan mata wang negara ini.
Nilai mata wang riyal jatuh dua pertiga daripada nilainya berbanding dolar sejak 2015 selepas tentera perikatan diketuai Arab Saudi memerangi pemberontak Houthi. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











